Sukan

Masih belum dapat selesaikan

Menswastakan pengadil dan melantik pengadil profesional dianggap tidak akan dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah mutu pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan pengadil profesional di beberapa liga utama khususnya di Eropah juga tetap perlu bergantung kepada teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Walaupun memberi bayangan bahawa kesilapan pengadil boleh dielak dengan menggunakan VAR, Ab Ghani mengakui Liga M berdepan beberapa kekangan besar terutama dari aspek kewangan untuk melaksanakan teknologi itu dalam masa terdekat.

Pengadil itu adalah manusia dan kemungkinan juga bila diswastakan, pengadil profesional pun akan berlaku kesilapan. Itu sebabnya di liga barat ada VAR walaupun pengadil itu pengadil profesional.

Berkenaan VAR, kita akan adakan perbincangan bersama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) mengenai perkara ini seperti kos dan juga persiapan di venue itu sendiri.

“Setiap stadium perlu bersedia dengan sistem pendawaian, internet dan sebagainya. Negara luar kebanyakan stadium dimiliki kelab sendiri, tapi di negara kita kebanyakan stadium kepunyaan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan sebagainya yang mana ia perlu diambil perhatian juga untuk pelaksanaannya,” katanya.

Ab Ghani berkata demikian selepas majlis pelancaran produk barangan set komemoratif edisi terhad 100 tahun Piala Malaysia hasil kerjasama dengan Ninox Idea dan Faidh Jewels di Wisma FAM, hari ini.

Selain itu, Ab Ghani percaya bahawa FAM tidak berdiam diri dan akan mengambil langkah yang lebih baik bagi memperbaiki lagi mutu pengadilan dalam Liga M.

Pengadil ini berada di bawah bidang kuasa FAM dan berkenaan isu membabitkan pengadil kita selalu bincang dengan FAM. Tapi mutu kepengadilan ini sangat subjektif.

sumber:- BH

“Saya pasti FAM tidak akan duduk diam mengenai perkara ini, mungkin sampai waktu atau ketikanya nanti akan dibentangkan di peringkat pengurusan pasukan atau bola sepak negara kita,” katanya.