Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mempertahankan kesilapan penjaga golnya, Kevin Mendoza yang menyaksikan skuad Warga Kota hanya mampu mengikat Melaka United 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Mendoza, 27, yang tersilap ‘bacaan’ ketika menanti sepakan percuma Adriano Narcizo pada minit kelapan yang sepatutnya boleh dihalang sekiranya penjaga gol Filipina itu berada di kedudukan tepat.
Jelas Hodak, beliau tidak meletakkan kesemua kesalahan di bahu Mendoza yang disifatkannya adalah ‘hero’ pasukan sepanjang musim ini.
Takkan disebabkan kesilapan itu saya nak menghukumnya. Sepanjang musim ini, dia sudah banyak menyelamatkan kami dengan aksi tangkasnya dalam setiap perlawanan.
“Ia mungkin gol itu kesilapan dia, tetapi untuk menyalahkan dia sepenuhnya tidak mungkin. Hari ini (malam tadi) Zhafri Yahya selamatkan kami (menerusi gol penyamaan), tetapi Mendoza pula sudah menyelamatkan kami sepanjang musim ini,” katanya.
Dalam aksi yang berlangsung dalam keadaan padang basah ekoran hujan sebelum perlawanan itu, dua gol berjaya dijaringkan kedua-dua pasukan pada babak pertama menerusi Adriano untuk Melaka dan Zhafri bagi pasukan tuan rumah.
Aksi seimbang disajikan di babak kedua dengan kedua-dua pasukan gagal mencari gol tambahan buat pelawat meraih kelebihan gol di tempat lawan apabila beraksi di halaman sendiri di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.
sumber:- HM
Mengulas lanjut, Hodak mengakui skuad kendaliannya masih berpeluang untuk mara ke final meskipun Melaka hanya memerlukan seri tanpa jaringan.