Sukan

Reaksi berbeza dua pengendali

Keputusan seimbang di Kuala Terengganu membawa dua reaksi berbeza daripada Nafuzi Zain dan Benjamin Mora susulan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkesudahan 1-1.

Atas kertas, ia sebuah persembahan dengan kekuatan ketara menyebelahi JDT ketika Terengganu bukan pilihan.Senyuman Nafuzi menggambarkan kepuasan di wajahnya, bolos satu jaringan di Sultan Mizan Zainal Abidin namun keupayaan pemainnya untuk bertahan dengan mengikat kedudukan 1-1 beri petanda Terengganu mampu memberi saingan di aksi kedua nanti.

Bagi Nafuzi, status bintang milik pemain JDT bukan halangan untuk anak buahnya beraksi dengan cemerlang malah mereka mampu memberi kesukaran buat kelab bola sepak nombor satu Malaysia itu.

“Persembahan yang dipamerkan tidaklah begitu berbeza antara kedua-dua pasukan namun mengekalkan konsisten daripada Terengganu,” kata Nafuzi.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora, mengakui ia sebuah aksi yang sukar untuk anak buahnya dengan corak permainan Terengganu yang bukan sekadar bertahan.

Walaupun membariskan kesebelasan terbaik, JDT dikejutkan seawal minit ketujuh dengan ledakan jaringan Jordan Mintah.Mora sendiri mengakui 15 minit awal menyaksikan barisan Nafuzi tidak menunggu lama untuk mengasak sebaik wisel permulaan ditiupkan.

sumber: arena

Jaringan penyamaan dari Bergson Da Silva menyelamatkan keadaan dan sekaligus menafikan JDT pulang dengan tangan kosong.
“Kedah merupakan perlawanan yang berbeza berbanding bertemu Terengganu, gaya permainan yang berbeza dan mereka dibarisi pemain yang berkualiti,” kata Mora.