Sukan

Peluang atasi rekod Zaman Legenda Bola Sepak Negara

Pasukan Melaka United (MU) memiliki kesempatan terbaik untuk mencipta sejarah kali pertama mara ke pentas final Piala Malaysia selepas berjaya menyamai pencapaian ke separuh akhir ketika skuad itu di barisi legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann pada 1983.

Selepas mengikat Kuala Lumpur City FC (KL City) 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Cheras semalam, kini pasukan bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan sebelum menanti kehadiran pelawat di Paya Rumput Jumaat ini.

Ramli Junit yang juga anggota skuad 1983 berpendapat, ia peluang terbaik buat Melaka United mara ke final selepas melihat barisan pemain kian mantap menerusi persefahaman lebih jitu sekali gus mampu membuka ruang untuk membvru kejuaraan buat julung kali.

Apapun, mereka perlu mengekang sebarang usaha lawan untuk membocori kubu pasukan bagi memanfaatkan kelebihan jaringan di tempat lawan pada aksi kedua kelak. Jika jaring tidak dibocori sudah pasti Melaka mara.

“Namun sasaran perlu memenangi perlawanan Jumaat ini bagi melengkapkan keputusan mutlak kerana pelawat pastinya meningkatkan strategi mereka bagi menutup kelebihan Melaka,” katanya.

sumber:- HM

Sehubungan itu bagi Ramli, ia kesempatan terbaik memenuhi impian penyokong yang mahu melihat kejayaan Melaka mara ke final dan menjulang piala berprestij terbabit.