Sukan

Selangor FC akan terus dengan ‘DNA’ Jerman

Selangor FC masih menerapkan ‘DNA’ bolasepak Jerman sebagai usaha memperkukuhkan pasukan untuk menghadapi saingan liga pada musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, walaupun tiga individu berasal dari Jerman membabitkan pemain dan jurulatih sudah tiada dalam pasukan namun situasi berkenaan tidak menjadi halangan untuk Selangor menerapkan teknik permainan bola sepak itu.

Beliau berkata, tiga individu berkenaan disifatkan sebagai gagal berdasarkan kepada prestasi dan rekod sekali gus pengurusan pasukan perlu mengambil langkah drastik menyingkirkan mereka dalam usaha memperkukuhkan kembali skuad Gergasi Merah.

Hal ini secara tidak langsung Pengarah Sukan Kelab, Michael Feichtenbeiner dilantik membimbing pasukan musim depan sekali gus di harap mampu meneruskan ‘DNA’ Jerman untuk diterapkan kepada pemain.

Saya katakan tiga individu daripada Jerman itu adalah gagal. Kita sudah buat kesilapan dan dalam situasi sekarang ini harus perbetulkannya.

Bila sudah buat kesilapan Feichtenbeiner dipertanggungjawabkan untuk perbetulkannya dan perlu capai sasaran yang diletakkan pada musim depan.

Kami tidak boleh menafikan atau mengelak daripada kegagalan ini kerana semua tahu sekali gus kena ambil langkah susulan untuk memastikan Selangor kembali hebat kelak.

“DNA Jerman tidak gagal cuma kita mahu perbaikinya lagi supaya lebih kukuh dan dapat mengatasi kelemahan yang ada,” katanya.

Terdahulu, Selangor yang pernah digelar sebagai ‘King of Malaya’ satu ketika dahulu teruk dikecam oleh pihak tertentu termasuk bekas pemain skuad terbabit berkaitan prestasi yang tidak menentu hingga gagal mengecapi sebarang kejayaan pada musim ini.

Malah, peruntukan besar yang kepada pasukan berkenaan dilihat tidak mampu memberi impak positif kepada pasukan selain barisan pemain juga dikatakan kurang ‘padu’.

Sementara itu, Shahril berkata, pihaknya boleh menerima kritikan dan komen daripada pihak tertentu yang mahu melihat Selangor melakukan perubahan namun janganlah melampau hingga memalukan pasukan terbabit.

Saya selalu cakap kepada pemain, pasukan ini legenda pada satu ketika dahulu saja kerana sekarang ini semuanya sudah berbeza dan kejayaan itu hanya tinggal sejarah.

sumber:- HM

“Pada pihak berkaitan, Selangor ada cara Selangor dalam memperkuat dan perbaiki kelemahan. Oleh itu, tak bolehlah nak minta Selangor ikut cara pasukan lain kerana itu akan menyebabkan skuad Gergasi Merah hilang identiti,” katanya.