Sukan

Mesej perpisahan penuh emosi Ronaldo

Cristiano Ronaldo memberi penghormatan dan menyanjungi Ole Gunnar Solskjaer selepas bekas pengurus Manchester United itu dipecat semalam.

Ronaldo yang kembali ke Old Trafford pada Ogos lalu mel3dak sembilan gol dalam 13 perlawanan untuk United musim ini tetapi gagal membantu kelab melonjakkan kedudukan dalam Liga Perdana selepas beberapa keputusan yang memalukan.

Solskjaer dipecat kurang 24 jam selepas tewas 1-4 di Watford dan sebelum itu turut dimalukan Liverpool dan Manchester City di tempat sendiri.

Ronaldo, 36, adalah rakan sepasukan Solskjaer ketika kali pertama beraksi di bawah kendalian Alex Ferguson.

“Dia striker saya ketika kali pertama saya datang ke Old Trafford dan menjadi jurulatih saya sejak kembali ke Man United,” kata Ronaldo dalam Twitter.

“Tetapi Ole manusia yang hebat. Saya berdoa yang terbaik untuknya selepas ini. Semoga berjaya, sahabatku! Anda berhak mencapainya!”

Bekas pemain tengah United, Michael Carrick yang juga staf kejurulatihan pasukan Solskjaer akan mengambil alih tugas sehingga kelab melantik pengurus sementara sehingga akhir musim.

sumber:- HM

United secara realistiknya terkeluar daripada persaingan merebut gelaran Liga Perdana dengan 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan berdepan kunjungan getir ke Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.