Sukan

Melaka dapat kelebihan awal ke final

Pasukan Kuala Lumpur City FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 men3ntang Melaka United dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Jelas sekali cuaca hvjan sepanjang tempoh perlawanan merencatkan peluang anak buah Bojan Hodak mencari bekalan selesa untuk dibawa ke Stadium Hang Jebat Jumaat ini dengan misi wajib menang besar untuk melangkah ke final Piala Malaysia. Malah, ketiadaan penyokong tuan rumah berikutan dikenakan tindakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilihat agak merencatkan aksi Kuala Lumpur untuk menang besar pada malam ini.

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat seawal minit kedua namun tandukan penjaring terbanyak Piala Malaysia Romel Morales sedikit tersasar sekali gus melegakan Melaka.

Namun, pasukan pelawat pula terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-8 menerusi sepakan percuma yang disempurnakan pemain import Melaka Adriano Narcizo.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad The City Boy cuba mengatur s3rangan berb@haya ke kubu lawan bagi mencari gol penyamaan. Ternyata usaha keras Kuala Lumpur berhasil apabila Zhafri Yahya berjaya menanduk masuk hasil hantaran Paulo Josue pada minit ke 26 untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Babak kedua bersambung menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol tambahan. Malah, Hodak turut membuat pertukaran beberapa pemain di bahagian jentera s3rangan untuk memburu gol kemenangan.

Peluang tuan rumah untuk mendahului perlawanan hadir lima minit sebelum perlawanan tamat namun sepakan Morales berjaya dihalang pertahanan lawan sekali gus menyaksikan kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel penamat ditiup.

sumber:- HM

Tamat aksi separuh akhir pertama itu menyaksikan Melaka mempunyai kelebihan gol di tempat lawan sekali gus hanya memerlukan keputusan seri 0-0 di Stadium Hang Jebat Jumaat ini untuk mengesahkan kedudukan ke final Piala Malaysia.