Sukan

Aksi sengit dan ‘panas’ JDT dengan TFC beri kelebihan awal

Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa bekalan kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat Terengganu FC 1-1 dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Seawal minit kelapan, Terengganu berjaya mendahului menerusi Jordan Mintah yang menanduk masuk hantaran silang Lee Tuck.

Di sebalik mereka mendahului permainan, penguasaan bola lebih memihak JDT yang lebih melancarkan s3rangan bertali arus mencari gol penyamaan, namun peluang yang dimiliki gagal disempurnakan sehingga tamat separuh masa pertama.

Kekal tenang walaupun ketinggalan akhirnya berhasil apabila JDT berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bergson pada minit ke-50.Skuad kendalian Benjamin Mora terus berusaha untuk menambah jaringan dan hampir melakukannya pada minit ke-59 menerusi Gonzalo Cabrera namun gagal menemui gawang.

sumber:- astro arena

Tiada jaringan tambahan hingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kelebihan buat JDT membawa kelebihan jaringan di tempat menjelang aksi timbal balik nanti.