Sukan

Jangan terlalu emosi lawan JDT

“Usah terlalu emosi, sebaliknya mereka perlu mengamalkan disiplin yang tinggi ketika memberikan sokongan kepada pasukan kesayangannya,” kata Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC (TFC) Mohd Isa Che Ariffin.

Gesaan itu buat penyokong setia pasukan TFC kendalian Nafuzi Zain yang bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kendalian Benjamin Mora pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Dalam aksi peringkat Kumpulan B, pada 7 November lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tiga penyokong TFC bertindak luar kawalan dan bagaikan ‘dirasuk’ apabila bertindak memasuki padang dengan memeluk pemain selepas striker, Jordan Mintah mel3dak gol kedua TFC ketika menundukkan Selangor 3-1.

Bagaimanapun Terengganu FC bernasib baik apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya memberi am@ran keras dan dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu bagi mengelak daripada menerima hukvman berat.

Namun nasib berbeza dialami Kuala Lumpur City FC (KL City FC) apabila dikenakan tindakan lebih berat beraksi tanpa penyokong pada malam esok men3ntang Melaka United selepas penyokong mereka menyerbu masuk ke dalam padang pada aksi suku akhir kedua men3ntang Selangor FC, Khamis lalu.

Kita tidak mahu insid3n yang terjadi kepada pasukan KL City FC berlaku kepada peminat setia pasukan TFC, jadi harapan kami berilah sokongan padu kepada pasukan dengan mengamalkan disiplin yang tinggi ketika berada di dalam stadium.

Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan fizikal serta tidak melakukan perkara di luar kawalan seperti berlaku di Stadium MBPJ sebelum ini.

“Jika berlaku bukan sahaja pasukan yang rugi tapi peminat juga bakal menerima nasib seperti penyokong pasukan KL City FC, jadi peminat diingatkan tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan maruah pasukan ketika pemain memerlukan sokongan untuk memburu Piala Malaysia musim ini,” kata Mohd Isa yang turut mengharapkan pengadil dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa berat sebelah.

sumber:- HM

Pada Mei 2015, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pernah memahat sejarah hitam apabila penyokong yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada aksi separuh akhir kedua saingan Piala FA pertemuan dengan wakil Singapura, Lion XII bertindak menimbulkan kekec0han dengan merusvh termasuk memb@kar sebuah ambulans selain mer0sakkan kemudahan yang terdapat dalam stadium itu dengan membal!ng batu sebelum 22 penyokong di t@han pihak berkvasa.