Tonggak Selangor, Brendan Gan akan terus memperkuatkan skuad Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkhabaran itu disahkan menerusi kenyataan pasukan terbabit yang memaklumkan Brendan bersetuju dengan terma dan perjanjian kontrak baharu.

Bekas pemain Perak dan Kelantan itu akan kembali dengan lebih kuat walaupun terpaksa berehat panjang sebelum ini akibat kans3r.

Beliau (Brendan) menjadi simbol inspirasi di Selangor FC dengan sikap optimis, dorongan dan tenaganya ketika melawan kans3r yang memaksanya untuk tidak dapat beraksi sejak enam bulan lalu.

Kapten pasukan itu bekerja keras untuk kembali ke padang dan tidak lama lagi akan menyertai pasukan utama dalam sesi latihan.

“Kelab berbangga memilikinya di Selangor FC. Kami akan terus memberi sokongan penuh dalam perjalanan beliau untuk kembali ke tempat asalnya di atas padang,” kata kelab itu.

Brendan menjadi antara tonggak penting buat Gergasi Merah sejak berpindah dari Perak pada 2020 dan dia turut menjadi contoh kepada pemain lain.

sumber:- BH

Terdahulu, arena bola sepak negara dikejutkan dengan berita pemain berusia 33 tahun itu mengh!dap kans3r t3stis.