Sukan

JDT dan KDA FC panas luar dalam

Meskipun suku akhir Piala Malaysia membabitkan empat perlawanan namun aksi antara Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Kedah Darul Aman (KDA) tetap menjadi perlawanan paling ‘p@nas’ dan hangat diperkatakan.

Mana tidaknya, bukan setakat menyajikan aksi ulangan final 2019 malah turut membabitkan pert3mbungan antara pasukan nombor satu dan nombor dua dalam kancah saingan tempatan musim ini.

Kalau tidak ‘p@nas’, masakan individu penting dalam dua pasukan terbabit boleh ‘berp3rang’ menerusi laman media sosial untuk menghangatkan lagi perseteruan dua gergasi bola sepak tempatan itu.

Namun sayangnya aksi pertama suku akhir kurang menarik kerana pertarvngan dua pasukan terbaik itu ditamatkan tanpa sebarang jaringan sekali gus mengecewakan penyokong yang pasti mahu melihat ada jaringan dihasilkan dalam 90 minit di Stadium Darul Aman itu.

Justeru, ‘tanggungjawab’ untuk menjadikan aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim malam ini lebih ‘umpphhh’ bakal digalas jentera s3rangan kedua dua pasukan.

Ini kerana kedua dua pasukan tidak lagi boleh menamatkan perlawanan tanpa sebarang gol seperti dalam aksi peringkat kumpulan untuk berkongsi satu mata memandangkan perlawanan Piala Malaysia sudah memasuki peringkat kalah mati.

Jadi, aksi kedua ini bukan setakat hanya berkisar kepada seberapa mantap benteng pertahanan dapat mengelak daripada dibolosi tetapi persoalan utama – berapa gol yang boleh pasukan dapat pada aksi malam ini?

Tumpuan pasti terarah kepada ‘pen3mbak tepat’ kedua dua pasukan yang dijangka membarisi kesebelasan utama dalam misi memburu slot ke separuh akhir.

Harimau Selatan pasti mengharapkan Bergson da Silva terus mengg@nas selepas berjaya mel3dak empat gol dalam saingan Piala Malaysia musim ini sementara kelibat Tchetche Kipre akan terus ditagih skuad Lang Merah.

Namun bukan hanya dua pemain ini yang perlu diberi perhatian memandangkan kedua dua pasukan masih ada pemain lain yang boleh ‘diharapkan’ bagi mendapatkan gol.

Jika bukan Bergson mahupun Kipre, mungkin nama nama seperti Safawi Rasid, Leandro Velazquez, Syazwan Zainon, Baddrol Bakhtiar pula yang mampu menjadi ‘penyelamat’ kepada pasukan.

Apa yang boleh dijanjikan adalah memandangkan peluang masih terbuka buat kedua dua pasukan, sudah pasti akan ada jaringan yang dapat disaksikan pada malam ini.

Cuma kita perlu menunggu pasukan mana yang akan mencetaknya kerana kali ini, hanya jaringan yang dapat memisahkan kedua dua pasukan sama ada ‘bungkus’ ataupun dapat meneruskan kemaraan.

sumber:- BH

Anda gol, anda pergi jadi JDT dan KDA, ‘belanjalah’ penyokong dengan jaringan gol!