Sukan

Aksi terbaik Sikh Izhan di Sepanyol

“Saya harap saya dapat buat yang terbaik dan saya akan menjadi pemain pertama yang bermain di luar negara sebagai penjaga gol”.

Itu keazaman yang diluahkan penjaga gol muda negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang kini berpeluang untuk melebarkan sayapnya ke Eropah apabila menjalani sesi percubaan bersama kelab La Liga Dua Sepanyol, CF Fuenlabrada bermula Sabtu ini hingga 27 November.

Jelas Sikh Izhan, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskannya dan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu bersedia menambat hati kelab terbabit.

Penantian selama lima dan enam bulan dekat Malaysia akhirnya jadi penentu. Saya amat gembira dan sangat bahagia…bagi saya dan keluarga saya.

Harapan saya kat sana nanti nak buat kelainan atas diri saya dan pada semua orang, yang bakat dari Asia ini, bukan untuk Asia sahaja tapi boleh bermain di mana-mana.

“Saya harap saya dapat buat terbaik di Fuenlabrada ini dan jadikannya pembakar semangat untuk diri sendiri dan pemain tempatan lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod, beberapa pemain tempatan khususnya di posisi penjaga gol belum pernah meraih kontrak di Eropah sebelum ini dengan kebanyakan beraksi di sekitar Asia seperti Hong Kong dan China.

Sepanjang tempoh sesi percubaan itu, Sikh Izhan diberi peluang berlatih bersama skuad utama dan skuad B-22, bermain dalam perlawanan persahabatan selain beberapa penilaian yang akan dilakukan kelab terbabit.

Ujarnya lagi, dia tidak gentar bersaing dengan pemain lain meskipun menyedari fokus pengambilan lebih kepada tonggak dari posisi penyerang dan tengah.

Kalau import biasanya mereka akan cari striker, tengah ataupun sayap, dan kebarangkalian penjaga gol kurang.

sumber:- HM

“Tapi ia alasan sebaliknya saya akan cuba sesuatu yang orang tak buat lagi. Insya Allah mungkin menjadi kejayaan di masa hadapan,” katanya yang beraksi dengan Selangor II dalam saingan Liga Malaysia.