Sukan

Dua Pemain Kedah tarik perhatian Pengendali JDT

Kelibat pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad mencuri perhatian ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan berakhir tanpa jaringan.

Mora mengakui sudah lama menanti perlawanan sengit seperti itu selepas 17 kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super dan Piala Malaysia musim ini dengan menyifatkan KDA FC memberi tentangan hebat kepada mereka.

Bahkan, pengendali berusia 42 tahun ini turut memuji persembahan ditampilkan pemain lawan terutamanya Fadzrul dan Asnan yang antara menjadi penghalang kepada asakan JDT untuk membvru gol.

Namun, keputusan diraih di Stadium Darul Aman tidak mematahkan semangat JDT untuk memastikan pasukan mampu meraih kemenangan berharga di laman sendiri bagi aksi suku akhir kedua Khamis ini.

Pemain berjersi nombor 20 (Fadzrul) dan 4 (Asnan) sangat cemerlang, mempunyai semangat juang tinggi, ada personaliti bagus, dan mereka tahu apa perlu dibuat walaupun tanpa pemain dari Singapura (M Anumanthan).

“Baddrol Bakhtiar pula semestinya pemain berpengalaman yang tahu macam mana untuk bermain dengan masa yang ada, jadi saya rasa ia satu perlawanan cukup sengit,” katanya.

Mora berkata, perlawanan seumpama itu sudah pasti ditunggunya terutama dapat menyaksikan pasukan lain mampu memberi tentangan sengit kepada barisan anak buahnya.

“Saya rindu untuk tengok aksi seperti ini tanpa kita tahu apa yang akan berlaku dan selepas 17 kemenangan kita raih, saya rindukan situasi dalam padang macam ini, ianya bagus untuk pasukan dan untuk pemain juga,” katanya.

Selain itu, beliau juga menunggu kedatangan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim sekali gus bakal menyaksikan sekali lagi pertembungan sengi antara kedua-dua pasukan untuk merebut slot ke separuh akhir Piala Malaysia.

sumber:- HM

“Kedah memang memberikan tentangan cukup kuat dan bagus untuk kita terus melawan, jadi sekarang saya rasa bonus untuk kita pula apabila beraksi di laman sendiri, dan akan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu nanti”, katanya.