Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC Bojan Hodak tidak mahu tersenyum atau ‘bersantai’ walaupun pasukannya berjaya mencipta kemenangan men3ntang Selangor FC pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia semalam.

Bojan yang melihat Selangor FC seperti kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid sedar segalanya boleh berlaku termasuk menjadi m@ngsa amukan skuad Gergasi Merah pada perlawanan timbal balik Khamis ini.

Beliau berkata, skuad The City Boy mahu melupakan kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dengan tampil lebih meyakinkan dan perbaiki setiap kelemahan pasukan.

Saya mahu pemain bersedia dengan menganggap kita 0-0 tanpa jaringan pada perlawanan akan datang supaya boleh meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Saya melihat Selangor seperti Real Madrid berdasarkan kepada sejarah yang dimiliki mereka manakala JDT (Johor Darul Ta’zim) pula dianggap sebagai Barcelona dengan kedua-dua pasukan cukup hebat.

“Oleh itu, kami perlu bekerja keras dan terus berjvang habis-habisan untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Setakat ini, semua pemain beraksi pada tahap terbaik mereka dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

KL City hanya tinggal selangkah untuk mara ke separuh akhir apabila melakar kemenangan 2-0.

Bekalan selesa itu pastinya melegakan Bojan apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam perlawanan timbal balik di Stadium Bolasepak Cheras, Khamis ini.

sumber:- HM

Pelawat tidak menunggu lama apabila ayam tambatan dari Colombia, Romel Morales menjaringkan gol pada minit ke-14 manakala gol kedua pula dijaringkan Hadin Azman pada minit ke-83.