Terengganu FC (TFC) mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Sarawak United dalam aksi pertama suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, dekat sini, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, naib juara Liga Perdana terlebih dahulu menguji kubu tuan rumah menerusi tandukan tepat bekas pemain TFC, Stuart Wark selepas mendapat hantaran S Chanthuru pada minit ke-12, namun penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin pantas menepisnya.
Pada minit ke-17, pemain sayap lincah TFC, Faisal Halim menggamatkan hampir 9,000 penyokong setia skuad Penyu apabila mel3dak gol pendahuluan untuk pasukannya bagi kedudukan 1-0.
Jaringan itu terhasil melalui r3mbatan padu dari luar kotak penalti yang menyaksikan bekas penjaga gol TFC, Mohd Sharbinee Allawee Ramli gagal menepis bola daripada menerjah jaring golnya.
Seminit berselang, pengendali TFC, Nafuzi Zain terpaksa mengeluarkan pemain tengahnya, Habib Haroon yang mengalami kec3deraan dan digantikan dengan Muhammad Zuasrayraf Zulkiefle.
Tersentak jaringan itu, skuad bimbingan E Elavarasan memperkemaskan asakan dan hasilnya pada minit ke-21, skuad Kenyalang Emas itu berjaya menyamakan kedudukan 1-1 berpunca jaringan sendiri pertahanan TFC, Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni yang tertampan bola hantaran lintang Tommy Mawat.
Pada minit ke-37, giliran Elavarasan mengeluarkan pemain tengahnya, Sandro Da Silva dan digantikan dengan Abdul Rahim Abdul Razak selepas pemain kelahiran Brazil itu mengadu sakit pada bahagian dada.
TFC yang lebih kerap mengatur gerakan memperoleh gol kedua sekali lagi menerusi Faisal pada minit ke-41, namun pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir membatalkan jaringan itu selepas pemain itu terlebih dahulu dikesan berkedudukan ofsaid.
Pada masa kec3deraan babak pertama, penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah terlepas peluang untuk mencetak nama sebagai penjaring apabila sepakan percumanya berdekatan kotak penalti terkena tiang gol sebelah kanan sekali gus terselamat pintu gol pelawat.
Bersambung babak kedua, kapten Sarawak United, Uche Agba juga berpeluang menambah jaringan pasukannya pada minit ke-47 selepas hanya berdepan dengan penjaga gol, namun gagal .
sumber:- BH
Pada minit ke-51, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekali lagi bergema dengan sorakan padu peminat setia apabila pemain bertubuh kecil, Faiz Nasir melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk pasukannya mendahului 2-1. Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan