STATUS juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah bukan jaminan buat skuad Terengganu FC (TFC) untuk menang ke atas Sarawak United FC malam Ahad.

Ketua jurulatih pasukan TFC, Nafuzi Zain mengakui agak bimbang untuk berdepan naib juara Liga Premier musim ini dalam perlawanan suku akhir saingan Piala Malaysia yang berbeza bahang dan cabarannya.

Bagaimanapun, dengan bertemu lawan di hadapan penyokong sendiri, Nafuzi yang juga jurulatih paling muda Liga Super berharap agar anak buahnya dapat memanfaatkan kelebihan tersebut untuk mengumpul seberapa banyak gol sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Bumi Kenyalang dalam perlawanan timbal balik 18 November ini.

“Daripada segi prestasi peringkat kumpulan, anak buah saya telah mempamerkan persembahan cemerlang dengan menang dalam lima perlawanan dan seri ketika men3ntang Kuching City FC.

“Bagaimanapun tekanan di peringkat suku akhir berlainan kerana ia pusingan kalah mat!. Apatah lagi jurulatih Ela (E. Elavarasan) yang saya tahu sentiasa menekankan disiplin tinggi sebagai persediaan untuk satu-satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sumber : SH

Selain itu, Nafuzi turut mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman dua tonggak import Kenyalang Emas iaitu Sandro Da Silva dan Ucha Agra yang sentiasa menggusarkan lawan dengan siri s3rangan berb@haya.