Sabah FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Melaka United dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Gol kemenangan pelawat dijaringkan Sony Norde pada minit ke-51 dalam aksi yang agak sengit. Aksi timbal balik akan diadakan di Stadium Hang Jebat pada Khamis ini yang sudah pasti memberi tekanan kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee untuk bangkit.

Sepanjang perlawanan, Melaka dari awal lagi beraksi dengan agresif melakukan s3rangan demi serangan ke atas gawang Sabah, namun pertahanan Sang Badak berjaya mematahkan setiap cubaan sehingga tamat babak pertama.

Melaka mendapat banyak peluang dan cubaan terutama pada babak pertama termasuk tiga sepakan percuma di luar kotak penalti yang berb@haya kepada Sabah masing-masing pada minit ke-12, 22 dan 28 namun gagal mencipta jaringan.

Secara keseluruhan, Melaka melakukan empat cubaan termasuk satu cubaan yang hampir menjaringkan gol sepanjang babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah mengubah taktikal apabila lebih agresif dan melakukan banyak serangan serta cubaan, namun gagal menepati sasaran.

sumber:- BH

Gawang Sabah akhirnya bocor menerusi sepakan Sony dari luar kotak penalti selepas penjaga gol, Rozaimie Rohim gagal membaca pergerakan bola pada minit ke-51. Kedudukan 1- 0 itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.