Atas kertas skuad Terengganu FC (TFC) kendalian Nafuzi Zain dilihat mempunyai kelebihan mengatasi Sarawak United FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam esok.

Selain beraksi di depan penyokong sendiri, skuad Penyu itu juga berada pada prestasi terbaik sebagaimana dibuktikan ketika muncul juara Kumpulan B dengan melakar rekod bersih tanpa tewas dalam enam perlawanan dengan merekod 16 jaringan dan hanya empat kali bolos.

Kombinasi mantap Lee Tuck, Habib Haroon dan Dechi Marcel di jentera tengah ketika mencipta gerakan untuk men3mbusi kubu lawan selain keupayaan penjaring terbanyak Liga Perdana, Jordan Mintah yang sudah kembali menemui sentuhan jaringan, sudah pasti mengge3unkan lawan.

Namun Nafuzi enggan mendabik dada bertemu skuad Kenyalang Emas itu, sebaliknya melahirkan kebimbangan t3ntangan bakal diberikan skuad bimbingan E Elavarasan yang pastinya hadir dengan taktikal berbeza.

Sedikit kerisauan sebab saya tahu Sarawak United FC mempunyai jurulatih dan pemain berpengalaman, pasukan mereka juga berdisiplin ketika bertahan selain pantas ketika membuat s3rangan ke kubu lawan sebagaimana aksi mereka sebelum ini.

“Situasi itu sesuatu yang b@haya kepada kami dan ditambah lagi dengan jentera s3rangan skuad itu diketuai Uche Agba dan Sandro Da Silva selain Norshahrul Idlan Talaha begitu berkesan dalam kawasan penalti dan pergerakan mereka harus dikawal ketat.

Namun saya akui prestasi TFC dalam peringkat kumpulan agak baik, tapi untuk aksi suku akhir ini perlawanan adalah kalah mati walaupun ada aksi timbal balik, jadi daripada segi tekanan itu lagi tinggi berbanding dalam saingan kumpulan.

Bagaimanapun beraksi di tempat sendiri sudah tentu saya mahukan keputusan yang positif sebelum perlawanan kedua pada 18 November di Stadium UiTM Shah Alam,” katanya yang mengakui anak buahnya sudah bersedia sepenuhnya berdepan pasukan itu.

Mengulas kecderaan yang dialami kapten, Carli De Murga yang terlepas dua aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum ini, jurulatih berusia 43 tahun itu menyatakan pemain import dari Filipina itu sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan.

sumber:- HM

“Pemain itu (Murga) sudah turun padang menjalani latihan, tapi sama ada dia bermain atau sebaliknya kita akan putuskan dalam masa terdekat bagi memastikan dia benar-benar cergas dan pulih sepenuhnya,” katanya.