Sukan

JDT tidak pulang selesa

Naib juara edisi 2019, Kedah Darul Aman perlu memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dapat membawa pulang bekalan selesa daripada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.

Justeru, pertahanan skuad Lang Merah, Rodney Celvin Akwensivie mengakui rakan sepasukan khususnya di bahagian pertahanan perlu lebih berusaha keras bagi menyekat JDT daripada mencari ‘lubang’ untuk mendapatkan gol.

Sememangnya saya dan rakan-rakan di pertahanan lain kena lebih berdisiplin kerana bertemu JDT, mereka tidak boleh diberi ruang yang banyak.

Jika berikan lawan kebebasan, kami boleh dihukum oleh JDT dan saya harap kami boleh halang mereka membawa gol dari tempat lawan pada aksi pertama di laman sendiri ini.

“Kami akan cuba sedaya upaya dalam perlawanan ini nanti biarpun kehilangan dua pemain import, Rabih Ataya serta K Anumanthan yang bersama pasukan kebangsaan masing-masing,” katanya.

Dalam masa sama, pertahanan berusia 24 tahun itu turut mengharapkan ‘pemain ke-12’ dapat memberikan sokongan yang padu sebagai tonik bagi pemain berdepan cabaran berliku itu.

“Saya juga harap peminat Kedah tidak berputus asa untuk menyokong kami kerana melalui sokongan mereka, saya rasa situasi itu akan menambah semangat pemain untuk tampil lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Rodney berdepan kecederaan jangka panjang dan mula diturunkan pada aksi berdepan Kelantan United pada 6 November.

sumber:- BH

Bekas pemain PKNS FC itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh Aidil Sharin Sahak pada aksi men3ntang Melaka United, tiga hari kemudian.