Sukan

Keluhan dapat perhatian

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan kerajaan akan membuat pengumuman mengenai kebenaran untuk penonton makan dan minum ketika menyaksikan acara sukan di stadium tidak berapa lama lagi.

Katanya, beliau sudah pun berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyampaikan keluhan yang disuarakan orang ramai berhubung larangan makan dan minum di stadium.

Beliau (Khairy) juga mendengar keluhan orang ramai ini dan Insya-Allah perkara ini akan dapat kita umumkan tidak berapa lama lagi.

“Tentunya ada berita baik buat penonton di stadium yang menyaksikan acara sukan. Perkara ini akan diumumkan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara), tidak sesuai KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang umumkan kerana ia bukan bidang kuasa kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KBS di sini, hari ini.

BH Sukan sebelum ini melaporkan penyokong Liga Malaysia (Liga M) merayu supaya MKN membenarkan aktiviti minum air di dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan.

sumber:- BH

Ia susulan penyokong yang digelar pemain ke-12 mengakui kehausan berada di dalam stadium selepas bersorak sepanjang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung lebih 90 minit.