Melaka United muncul juara Kumpulan C selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
Kemenangan itu membolehkan anak buah Zainal Abidin Hassan mengelak pertembungan men3ntang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir.
Melaka yang hanya memerlukan satu mata untuk mengekalkan kedudukan teratas jelas beraksi bertenaga untuk memerangkap dan membenam pelawat.
Malah anak buah Zainal berjaya merencana gerakan menarik untuk melakukan beberapa percubaan awal termasuk menerusi Sony Norde pada minit kelapan tetapi rembatannya tinggi melepasi palang gol.
Bagaimanapun, Manuel Ott akhirnya berjaya meledak jaringan pertama pasukannya pada minit ke-24 untuk menyemarakkan semangat pasukan.
Gol terbabit berpunca daripada rembatan Norde yang ditepis keluar penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim namun singgah di kaki Ott yang terus melakukan rembatan ke kiri gawang.
Selebihnya babak pertama menyaksikan penguasaan skuad Hang Tuah namun gagal menambah jaringan sementara Kedah turut melakukan percubaan menerusi Renan Alves pada minit ke-30 namun tersasar.
Bersambung babak kedua Melaka terus mengekalkan rentak permainan seperti 45 minit pertama namun dua percubaan Giovane Gomes pada minit ke- 50 dan 51 tersasar.
Bagaimanapun, pelawat memiliki percubaan terbaik menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu menerusi rembatan jauh kapten pasukan Baddrol Bakhtiar tetapi sekadar menggegar palang gol.
Namun, mereka tetap gigih berusaha memecah kebuntuan jaringan tetapi percubaan Kpah Sherman pada m-57 berjaya ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
sumber:- BH
Gomes bagaimanapun mematikan semangat Kedah apabila menjaringkan gol kedua Melaka selepas menanduk cantik hantaran Adriano, seminit sebelum tamat perlawanan.