Sukan

Jangan Sampai TFC tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia

Jangan sampai Terengganu FC (TFC) menerima nasib sama seperti Negeri Sembilan tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia gara-gara penvlaran C0vid-19.

Itu Peringatan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris berkaitan tindakan segelintir penyokong yang memasuki padang dan memeluk pemain pada perlawanan TFC men3ntang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Najmil berkata, penyokong yang hadir ke stadium seharusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan menjaga perilaku dengan tidak meraikan jaringan secara berlebihan.

Beliau berkata, walaupun menyedari mungkin tindakan terbabit dilakukan secara spontan namun mereka seharusnya memikirkan akibatnya apabila berlaku penvlaran C0vid-19 di kalangan pemain.

Bukannya tidak boleh meraikan jaringan namun perlulah mematuhi SOP kerana keselamatan adalah keutamaan ketika penvlaran C0vid-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.

Bayangkan jika TFC menerima nasib seperti Negeri Sembilan sudah pastinya sia-sia saja usaha pemain bermain bermat!-mat!an untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Oleh itu, jaga tingkah laku dan patuhi arahan dikeluarkan demi keselamatan semua pihak kerana Terengganu antara pasukan berpotensi beraksi di final Piala Malaysia,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan kemenangan TFC menentang Selangor malam kelmarin dicemari insid3n penyokong pasukan pelawat ‘menerjah’ ke dalam kawasan padang bagi meraikan gol.

Malah, perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan skuad Penyu memperoleh kemenangan 3-1 itu menyaksikan penyokong pasukan pelawat turut memeluk pemain import Jordan Mintah ketika meraikan gol kedua tanpa dikawal ketat oleh pegawai perlawanan.

Insiden berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan tahap keselamatan selain terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi membendung penvlaran C0vid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkaitan insiden terbabit.

sumber:- HM

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci iaitu memanggil pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil bagi membendung kejadian sama berulang.