Kemenangan 3-1 Terengganu FC (TFC) ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dicemari insid3n penyokong ‘menerjah’ ke kawasan padang bagi meraikan gol.
Penyokong yang dipercayai peminat pasukan pelawat turut memeluk pemain import TFC, Jordan Mintah ketika meraikan gol kedua tanpa dikawal ketat oleh pegawai perlawanan.
Insid3n berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan tahap keselamatan selain terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi membendung penularan COV!D-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan insid3n berkenaan.
Justeru, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci iaitu memanggil pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil bagi membendung kejadian sama berulang.
Kita ada menerima laporan membabitkan kejadian itu dan siasatan segera akan dilakukan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai kegagalan kawalan keselamatan kerana penganjuran kejohanan besar seperti Piala Dunia pun ada penyokong lari masuk ke padang,” katanya.
sumber:- BH
Kemenangan yang diraih TFC membolehkan mereka mara ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan B, manakala Selangor pula muncul naib juara kumpulan