Kemenangan ke atas Kelantan United FC di gelanggang lawan menjadi tonik terbaik untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC mengharungi aksi penentuan gelaran juara Kumpulan C berdepan Melaka United FC, Selasa ini.

Pertembungan sengit di Stadium Hang Jebat itu juga bakal menentukan sama ada Kedah atau Melaka yang akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir nanti.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak turut mengakui pasukannya tidak akan berdepan tugas mudah untuk mengatasi Melaka dengan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu berada pada prestasi terbaik dan belum tewas sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

Kita tahu bukan mudah kalau kita berkunjung ke Melaka, tapi kita masih percaya dengan keyakinan yang ditunjukkan pemain malam ini (berdepan Kelantan United).

“Tiga mata yang diraih ini akan menambah semangat pemain selain penyokong turut datang membantu kita. Apa yang penting kita capai objektif untuk dapat tiga mata malam ini dan terima kasih kepada pemain,” katanya selepas membenam Kelantan United 3-1, malam tadi.

Kedah wajib menang ke atas Melaka sekiranya mahu bergelar juara kumpulan selepas mereka kini menghuni tangga kedua, satu mata di belakang Melaka United yang mengumpul 13 mata.

Sementara itu, aksi berdepan Kedah itu menjadi perlawanan terakhir buat Kelantan United dan pengendalinya, Nazrulerwan Makmor bagi musim ini selepas mereka sudah sah tersingkir dari Piala Malaysia.

sumber:- BH

Justeru, Nazrulerwan menjelaskan dia akan berehat seketika dari bola sepak untuk bersama keluarga dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan tertinggi kelab untuk membuat keputusan sama ada mengekalkannya untuk musim depan atau sebaliknya.