Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki nafsu besar untuk meneruskan rentak kemenangan walaupun Harimau Selatan sudah bergelar juara Kumpulan D dan layak ke suku akhir Piala Malaysia.
Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan pasukannya akan cuba meraih kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa ini.
Katanya, kemenangan sangat penting bagi anak buah untuk mengekalkan keyakinan menghadapi perlawanan akan datang.
Saya fikir pemain beraksi dengan baik (men3ntang PJ City, semalam), mereka berlari, mereka mencabar dan kami mendapat tiga mata penting untuk meneruskan keyakinan.
Kami meneruskan rentak kemenangan dan berkunjung ke Kelantan, kami akan cuba meraih kemenangan lagi. Kami perlu lihat bagaimana kami perlu lakukan untuk hanya dua hari rehat.
“Kami akan melakukan beberapa perubahan tapi saya tak tahu (bahagian) yang mana. Hanya satu perkara yang saya tahu adalah kami memiliki tabiat yang bagus untuk meneruskan kemenangan dan kami cuba lakukan perkara sama,” katanya selepas perlawanan berdepan PJ City, semalam.
JDT kini mengumpul 15 mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam lima perlawanan dan sudah mengesahkan slot ke suku akhir manakala satu lagi tiket menjadi rebutan antara PJ City dan Sabah FC.
Sementara itu, ketua jurulatih PJ City, P Maniam menaruh keyakinan bahawa pasukannya akan layak ke suku akhir walaupun perlu berdepan Sabah di Stadium Likas dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, Selasa ini.
“Saya rasa perlawanan dengan Sabah akan menjadi perlawanan yang sengit, tapi kita ada kelebihan sedikit kerana saya fikir kalau kita dapat pungut satu mata kita akan layak,” katanya.
sumber:- BH
PJ City kini menghuni tangga kedua kumpulan apabila mengatasi Sabah dengan kelebihan jumlah perbezaan gol walaupun mereka berkongsi lima mata.