Sukan

Takkanlah dia nak mengaku kepada umum – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tuduhan atau sindiran sesetengah pihak yang mengatakannya tersalah ‘info’ berkaitan seorang pemain dipotong gaji 50 peratus hanya kerana mengh!dap k@nser.

Menerusi kenyataannya di Twitter HRH Crown Prince of Johor, isu berkenaan bukanlah rekaan atau tersalah maklumat namun disampaikan oleh rakan sepasukan pemain berkenaan sekali gus timbul rasa tanggungjawab bersuara demi menjaga kebajikan semua pemain bola sepak di Malaysia.

Malah, Tunku Ismail tidak dapat menyembunyikan perasaannya apabila mengetahui ada pemain dipotong gaji disebabkan mengh!dap kans3r kerana beliau amat sensitif dengan isu kebajikan selain terkenangkan adindanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang m@ngkat disebabkan bar@h.

Dia cerita kepada rakan sepasukan dia yang pihak pengurusan ada nak potong gaji dia tahun depan. Orang itu cerita dengan saya.

Saya hanya suarakan apa yang saya rasa di mana kebajikan orang-orang yang kerja dengan kita, kita harus jaga. Takkanlah dia nak mengaku kepada umum (orang ramai), apa dia cakap.

Kita punya industri bola sepak kecil. Semua pemain, jurulatih, orang dalam pihak pengurusan semua kawan. Semua bercakap soal gaji, perpindahan, bonus, elaun dan lain-lain.

“Orang luar industri bola ini tahu ke apa yang pemain lalui atau bagaimana pihak pengurusan menguruskan pemain,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail yang juga Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan terdapat seorang pemain Liga Malaysia dipotong 50 peratus gaji disebabkan menghidap kanser.

Situasi terbabit mengundang pelbagai reaksi sekali gus menyebabkan Selangor FC tampil menafikan memotong gaji kapten mereka, Brendan Gan selain pemain itu juga menjelaskan majikannya memenuhi kontrak 2021 dengan membayar gaji penuh.

Sementara itu, Tunku Ismail turut menjelaskan salah faham apabila menyatakan pemotongan yang dimaksudkan adalah berkaitan kontrak 2022 dan bukan 2021.

2021? Baca kena baca betul-betul. Kita ini tengah bincang 2022. Tahun depan punya cerita encik. Dia cakap tahun depan pihak pengurusan nak kurangkan (gaji).

“Saya bersuara pasal dia dah banyak berkorban untuk kelab tersebut. Kesian dia kans3r. Adik saya pun men!nggal dunia kans3r. Itu aja,” katanya.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsi bagaimana JDT menguruskan kebajikan pemainnya yang berdepan kec3deraan berpanjangan seperti Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Gary Steven Robbat.

JDT akan memastikan pemain kembali sembuh sepenuhnya, contoh hantar ke luar negara untuk menjalani rawatan, kontrak disambung.

sumber:- HM

“Macam pemain seperti Gary dan Azrif mengalami kecederaan masa panjang tetapi menerima rawatan yang profesional, malah diperbaharui kontrak tanpa dipotong gaji. Kelab harus menjaga kebajikan pemain. Full stop!” katanya.