Sukan

KDA FC turun dengan misi wajib menang

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak akan memandang mudah cabaran yang bakal dihadapi apabila turun dengan misi wajib menang untuk men3ntang Kelantan United FC (KUFC) pada saingan Piala Malaysia di Kota Bharu esok malam.

Meskipun sudah dikira layak ke peringkat suku akhir selepas skuad Negeri Sembilan tidak menyambung perjuangan mereka pada musim ini, namun skuad Hijau Kuning perlu membuat percaturan tepat bagi memastikan sasaran untuk kedudukan juara dalam kumpulan C dapat dicapai.

Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata, persiapan yang diatur bagi meneruskan saingan ini berjalan dengan lancar bagi memastikan skuadnya tidak terlepas peluang mendapatkan tiga mata penuh di Kota Bharu.

Kita tahu bukan mudah bagi mana-mana pasukan untuk mengutip mata penuh di sana dan kami sesekali tidak akan mengambil mudah untuk aksi kali ini walaupun kami memiliki rekod kemenangan 3-0 ke atas mereka pada hujung September lalu.

“Jadi misi kali ini adalah untuk memastikan tiga mata dapat dicapai sebelum meneruskan aksi men3ntang Melaka United dan saya tetap jangkakan satu saingan yang sengit antara kedua-dua pasukan dan sudah tentu ia bukan satu perlawanan yang mudah.”

“Jadi saya berharap pemain dapat memanfaatkan segala peluang yang ada disamping tidak memandang rendah kedudukan pihak lawan.” katanya.

Aidil juga berkata skuadnya yang kini memperolehi sembilan mata perlu terus kekal fokus untuk memastikan tidak keciciran mata bagi memburu pesaing utama Kumpulan C Melaka United yang kini mendahului dengan 13 mata.

sumber:- HM

“Kita tidak boleh leka kerana Kelantan United sebelum ini membuktikan mereka mampu mencipta banyak jaringan ketika bertemu Melaka United dan ini jelas semangat mereka sangat tinggi apabila beraksi di laman sendiri. katanya.