Sukan

Jordan Mintah belum pasti bersama TFC musim depan

Striker import Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah mendedahkan ramai peminat yang mahukan dia kekal bermain di Terengganu musim depan.

Namun penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan m3ledak 16 gol bersama penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez enggan membuat keputusan terburu-buru sebaliknya mahu menumpukan baki saingan Piala Malaysia bersama skuad ‘abang’ Terengganu FC (TFC) terlebih dahulu sebelum memikirkannya.

Bagaimanapun pemain kelahiran Ghana itu membayangkan akan terus kekal bermain di Terengganu jika diberi peluang menyarung jersi pasukan yang beraksi dalam Liga Super.

Sebelum ini tiga pasukan Liga Super dan beberapa kelab luar negara termasuk kelab dalam Liga Filipina sudah merisik pemain itu untuk mendapatkan khidmatnya selepas beraksi cemerlang sepanjang musim bersama TFC II dan TFC.

Musim depan saya belum pasti beraksi dengan pasukan mana, lagipun saya tidak mahu memikirkan lagi perkara itu kerana kontrak saya bersama TFC II masih ada lagi jadi saya mahu selesaikan terlebih dahulu tugasan saya.

“Saya akui ramai peminat mahukan saya kekal beraksi di Terengganu, saya pun sudah gembira tinggal di sini dengan suasana dan para penyokongnya, seolah-seolah rumah kedua saya.

“Saya pun memasang impian untuk beraksi dalam liga divisyen satu di sini musim depan, tapi jika saya tidak mendapat tempat dalam liga itu, tiada sebab untuk saya kekal beraksi di Terengganu.

“Apa-apapun terpulang kepada budi bicara pihak pengurusan untuk menentukannya, ia seperti anda menyukai seseorang, jika anda suka seseorang anda akan memberikan yang terbaik untuknya,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan dengan Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, kelmarin.

sumber:- HM

Mengulas mengenai persaingannya dengan seorang lagi striker TFC, David Da Silva dalam pentas Piala Malaysia, bekas penjaring terbanyak Liga Filipina 2019 ketika bersama kelab Kaya FC – Iloilo menjelaskan pertembungan itu sihat selain mampu meningkatkan lagi motivasinya.