Sukan

Antara ‘derma’ atau pinjam along

Daripada pinjam dengan Along lebih baik minta duit dengan wakil rakyat. Itu penjelasan Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh terhadap tindakannya yang meminta ‘derma’ atau sumbangan daripada wakil rakyat baru-baru ini untuk menampung perbelanjaan pasukan terbabit bagi menghabiskan baki saingan Piala Malaysia.

Situasi terbabit tular di media sosial membabitkan mesej Azman kepada individu tertentu yang memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk satu perlawanan bagi pembayaran penginapan, logistik, makan dan minum serta pegawai perlawanan.

Azman ketika dihubungi Arena Metro mengakui sememangnya menghantar mesej berkenaan ke individu atau kumpulan Whatsapp tertentu untuk meminta sumbangan.

Katanya, sumbangan terbabit sebenarnya membabitkan perlawanan men3ntang Terengganu di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu lalu apabila pihaknya tidak mempunyai wang tunai untuk membuat pembayaran sekali gus memohon sumbangan wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah terbabit.

“Kami bukanlah ‘sengkek’ atau tak ada duit langsung. Mesej berkenaan bagi meminta sumbangan wakil rakyat untuk mendapatkan wang tunai segera bagi menyelesaikan pembayaran kerana ketika itu tidak boleh mengeluarkan wang kerana masalah teknikal membabitkan cek.

Saya lihat isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan dan mengakui meminta sumbangan daripada wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah terbabit kerana ketika itu memang keadaan terdesak.

“Adalah menjadi perkara biasa bagi rakyat meminta pertolongan pada wakil rakyat. Jadi saya guna lah ruang dan peluang yang ada dan Alhamdulillah mereka berjaya membantu dalam masa singkat,” katanya.

Selain itu, Azman berkata, pihaknya sentiasa berusaha keras untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan pasukan sehinggalah tamat saingan Piala Malaysia.

Kami ada duit namun bukanlah nak kata mewah sangat kerana saya percaya pasukan lain pun melalui situasi sama terutama ketika berdepan pand3mik C0vid-19.

“Namun, kami berterima kasih kepada penyokong Perak FC yang menyebar mesej berkenaan sekali gus ada beberapa individu tampil menghulurkan sumbangan kepada pasukan.

sumber:- HM

“Pada masa sama, kami juga berbesar hati menerima sumbangan daripada penyokong Perak FC yang cukup prihatin terhadap situasi yang melanda skuad Bos Gaurus,” katanya.