Sukan

Akan Ada perubahan pemain JDT

Walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mara ke saingan suku akhir namun pasukan itu tetap bernafsu’ membvru kemenangan apabila berdepan Petaling Jaya City (PJ City FC) pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, malam esok.

Bagi pengendali JDT, Benjamin Mora aksi menentang skuad kendalian P Maniam itu penting bagi mengekalkan momentum kemenangan selepas melakukannya pada empat aksi lalu untuk kekal di tangga teratas kumpulan.

 

Apapun pengendali kelahiran Mexico itu tetap menganggap PJ City FC adalah pasukan sukar dijinakkan tatkala mereka akan beraksi bermat!-mat!an dan kerap tidak duduk diam apabila men3ntang JDT dengan mengamalkan corak permainan agresif.

Setiap kali men3ntang PJ City FC kami akan berdepan situasi yang sukar bukan kerana agak payah untuk mencipta kemenangan memandang pemain pasukan lawan kerap beraksi secara bertahan dan pantas melakukan serangan balas.

Oleh itu kami tidak boleh pandang rendah keupayaan PJ City FC dan harus bersedia mengekang corak permainan s3rangan pantas pasukan itu yang boleh beri ancaman terhadap benteng JDT yang ketika ini tampak begitu ampuh.

“Saya tidak menolak PJ City FC akan turun habis-habisan untuk mengecewakan kami kerana peluang mereka layak ke suku akhir masih ada dan bersaing bersama Kelantan FC serta Sabah FC tapi kami tetap bersedia bagi mengelak keputusan yang tidak diingini,” katanya.

Skuad Harimau Selatan kekal di tangga teratas mengumpul 12 mata selepas menang empat perlawanan berturut-turut manakala PJ City FC berada di kedudukan kedua dengan lima mata diikuti Kelantan FC di tangga ketiga dan Sabah FC di tangga keempat dan masing-masing mengumpul dua mata.

sumber:- BH

Ditanya sama ada barisan pemain yang sama akan diturunkan ketika menang ke atas Sabah FC 3-0 pada aksi Jumaat lalu, Mora enggan mendedahkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan sebaliknya berkata akan ada perubahan dengan melakukan penggiliran pemain apabila berdepan PJ City FC.