Sukan

Percaturan luar biasa Nafuzi menjadi

Percaturan pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain merombak jentera tengah dan s3rangan sebelum turun berdepan Perak FC pada aksi pusingan kedua saingan Piala Malaysia Kumpulan B tidak menjejaskan corak permainan pasukannya.

Malah jaringan sama juga terhasil selepas skuad Penyu berpesta gol memb3lasah The Bos Gaurus 4-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi selepas merakam kemenangan 4-1 pada aksi pusingan pertama di Ipoh minggu lalu.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Kelantan yang juga bekas striker Terengganu itu mengakui bukan mudah buat anak buahnya mencari gol kerana lawan tampil dengan taktikal berbeza selain kerap ‘berkampung’ di laman sendiri.

Bagi saya bukan perlawanan yang mudah buat pemain untuk merakam kemenangan besar ke atas lawan, sebaliknya pemain terpaksa mengerah kudrat untuk membvru jaringan.

Saya sudah jangkakan situasi itu, lebih-lebih lagi sebelum perlawanan saya turut meramalkan Perak akan bermain dengan corak bertahan tambahan pula mereka menurunkan pemain yang lebih berpengalaman berbanding aksi sebelum ini.

“Jadi saya minta pemain melakukan s3rangan awal bermula wisel pertama ditiupkan apatah lagi beraksi di depan penyokong sendiri, Alhamdulillah perancangan kita menjadi selepas tiga gol terhasil pada babak pertama,” katanya.

Mengulas lanjut, Nafuzi berkata, walaupun pasukannya sudah menempah slot ke peringkat suku akhir lebih awal, beliau mahukan baki dua perlawanan lagi berakhir dengan kemenangan.

sumber:-  bh

“Kita sudah layak ke suku akhir jadi sasaran kita sudah pasti untuk layak ke separuh akhir pula sebelum mengintai peluang ke final, saya mahukan enam mata lagi untuk meneruskan rentak kemenangan selain menduduki tempat teratas kumpulan,” katanya.