Sepakan penalti pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika berdepan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, tular namun bukan dalam situasi diinginkan.
Ini kerana percubaan pemain kebangsaan itu untuk melakukan sepakan penalti ala panenka pada minit ke-89 tidak berjaya menerjah gawang apabila diselamatkan penjaga gol, Rozaimi Rohim.
Pemain itu cuba melambungkan bola, namun Rozaimi mudah menangkap percubaan terbabit sekali gus menggagalkan hasrat Safawi menambah gol untuk JDT.
Bagaimanapun, kegagalan sepakan penalti itu tidak menghalang skuad Harimau Selatan itu daripada menambah gol ketiga menerusi Bergson da Silva pada minit akhir perlawanan.
sumber:- BH
Keputusan akhir menyaksikan skuad bimbingan Benjamin Mora itu menang 3-0 dan mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia.