Sukan

Bukan Brendan Gan yang dimaksudkan

Ketika ramai penyokong membuat andaian Selangor FC sebagai pasukan yang didakwa memotong gaji pemainnya kerana menghidap kans3r namun perkara itu dinafikan tonggak tengahnya, Brendan Gan.

Brendan menerusi akaun Twitter miliknya menepis tuduhan itu sambil menegaskan pasukan itu selaku majikannya sentiasa mematuhi kontrak yang sudah ditandatangani.Saya sudah melihat dan membaca mengenai apa yang diperkatakan di media sosial dan saya lihat perkara ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara.

Tetapi saya mahu menjelaskan bahawa Selangor mematuhi kontrak 2021 saya sepenuhnya

“Ayuh fokus untuk perlawanan penting pada malam ini dan menyokong barisan pemain untuk membawa pulang tiga mata,” kata pemain tengah kebangsaan.

Malah, Selangor FC turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan memaklumkan pihaknya sentiasa mematuhi setiap peruntukan yang sudah ditetapkan dalam kontrak pemain.

“Hari ini Selangor FC banyak menerima pertanyaan berkenaan status pemain kami yang sedang melawan kanser.

“Di sini kami ingin menjelaskan bahawa pihak kelab sudah memenuhi semua kewajipan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak dari awal hingga hari ini dan kami akan terus melakukannya sehingga tamat mana-mana kontrak sedia ada.

Untuk sebarang urusan kontrak masa hadapan, adalah sedia maklum bahawa pengaturan baharu akan dibuat atas persetujuan bersama.

sumber:- BH

“Di Selangor FC, kami sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pemain kami. Kita kalah bersama, kita menang bersama,” katanya.