Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengharapkan momentum kemenangan dapat diteruskan apabila anak buahnya berkunjung ke Stadium Bandaraya berdepan Penang FC, malam esok.

Selepas menang 4-0 di Kuantan, Sabtu lalu, peluang skuad Tok Gajah dilihat kembali terbuka untuk merebut slot ke suku akhir selepas tewas dua perlawanan lalu.

Baginya, pintu masih belum tertutup untuk Pahang cuba meraih pencapaian terbaik di pentas Piala Malaysia dan tidak hanya berakhir di peringkat kumpulan sahaja seperti mana yang pernah dilakukan pasukan ini pada musim 2016.

Betul, peluang kembali terbuka tetapi bukan mudah dan saya percaya kalau kita kekalkan momentum ini untuk dibawa ke Penang nanti, Insya Allah kenapa tidak untuk kita layak ke suku akhir.

“Kita tahu Penang bermain tanpa beberapa tonggak, tetapi kita pun sama apabila selalu juga susah untuk dapatkan kesebelasan terbaik, namun pemain-pemain saya buktikan mereka mampu beraksi,” katanya bekas jurulatih Harimau Malaya itu.

Dengan tiga mata pertama yang diraih itu, ia meletakkan Pahang di tangga ketiga Kumpulan A manakala Kuala Lumpur City FC di tangga teratas dengan tujuh mata diikuti Sarawak United FC dengan enam mata dan Penang FC di kedudukan tercorot dengan hanya satu mata setakat ini.

Menurut Dollah lagi, beliau masih meletakkan kepercayaan di bahu pemain import dari Australia, Kenny Athiu meskipun sebelum ini striker itu mendapat kritikan susulan masalah ketumpulan di bahagian penyudah.

Namun katanya, semua itu tampak berubah selepas mereka akhirnya meraih kemenangan pertama pada hujung minggu lalu di mana Athiu muncul watak penting dalam membantu Abdul Malik Mat Ariff untuk menjaringkan dua gol di sebalik kemenangan 4-0 ke atas Penang sebelum ini.

Dia banyak membantu di bahagian s3rangan dan berjaya membuka ruang kepada Malik untuk dia menjaringkan dua gol.

“Malik pula saya memang dah nampak dia memang ada kelebihan sebagai penyerang sebab sebelum ini selalu juga bertukar-tukar posisi, tetapi sekarang saya nampak kehadiran dia untuk selalu membuka ruang di bahagian tengah.

sumber:- HM

“Sebelum ini saya banyak beri kata dua kepada pemain-pemain supaya mereka tidak rasa seolah-olah kita tiada peluang lagi, dan itu yang saya tekankan dalam latihan malah mereka sendiri ada yang bantu saya bagi idea menunjukkan mereka bersemangat tinggi untuk beraksi”.