Gandingan tiga arkitek Terengganu FC (TFC) Lee Tuck, Habib Haroon dan Dechi Marcel di jentera tengah pasukan berjaya mengg3runkan Perak FC pada aksi pusingan pertama saingan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu lalu.
Namun pengendalinya, Nafuzi Zain belum mahu memutuskan kedudukan tiga pemain import itu sama ada akan terus mengisi posisi berkenaan ataupun bakal digantikan dengan pemain lain apabila skuad Penyu menanti kunjungan The Bos Gaurus pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.
Jurulatih muda meningkat naik itu berkata, beliau perlu bersikap adil selain memberikan peluang dan minit permainan kepada anak buahnya dalam saingan piala berprestij itu.
Beliau juga mahu menilai prestasi semasa pemain terlebih dahulu ketika sesi latihan selain mempunyai pilihan pemain kecuali penjaga gol utama, Suhaimi Husin yang c3dera.
Kita akui tiga pemain import itu berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan sehingga kita berjaya merakam kemenangan 4-1 ketika bertemu Perak FC minggu lalu.
“Namun sebagai jurulatih, saya perlu bersikap adil dengan memberi peluang juga kepada pemain lain untuk menambah minit permainan, jadi dalam sesi latihan nanti kita akan tentukan siapa yang bakal berada dalam kesebelasan utama pasukan berdasarkan prestasi mereka,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kelonggaran barisan pertahanan ketika aksi Sabtu lalu, jurulatih kelahiran Kelantan itu akan memberi tumpuan memperkukuhkan posisi berkenaan bagi mengekang asakan rangkaian striker lawan.
TFC yang kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas mencatat rekod bersih dengan tiga kemenangan berturut-turut hanya memerlukan tiga mata lagi untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.
sumber:- HM
Sementara itu penjaga gol skuad itu, Shamirza Yusoff tekad untuk membalas kepercayaan jurulatih dengan aksi terbaiknya selepas diturunkan buat kali pertama musim ini ketika menentang Perak FCsesudah berehat panjang kerana kec3deraan.