Kereta mewah berjenama Porsche bakal menanti pengendali sementara Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya sekiranya dia berjaya membawa pasukan mara hingga ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Janji itu dibuat pemilik kelab, Norizam Tukiman di akaun Facebook rasmi miliknya dan mengakui Porsche itu adalah kenderaan kesayangannya.

Namun bagi membakar semangat dan motivasi pasukan, beliau sanggup mengorbankan kereta mewah itu buat Rezal yang mula mengambil alih tugas selaku pengendali utama daripada Marco Ragini yang direhatkan atas masalah kesihatan sejak September lalu.

Walaupun saya tahu pasukan saya tak kuat mana. Maklumlah, ‘budget’ untuk pasukan dah habis nak bayar hutang kapal yang hampir karam.

Tetapi.. sebagai dorongan dan semangat. Seawal pertandingan Piala Malaysia bermula hari itu saya ada berjanji nak hadiahkan Porsche ini kepada jurulatih sementara TRW (The Red Warriors) Kelantan FC, kalau dapat masuk final Piala Malaysia.

“Masuk sahaja final, saya akan hadiah Porsche kesayangan saya ni,” tulisnya di laman sosial.

Jelas Norizam lagi, pemain juga tidak terlepas bakal diberikan ‘habuan’ jika sasaran sama berjaya dilaksanakan.

Untuk semua pemain sebenarnya awal-awal lagi saya dah janji akan berikan bonus KPI (petunjuk prestasi utama) kemenangan berbulan-bulan bonus berjaya mengapai Piala Malaysia.

“Tertulis dalam ‘Offer Letter’ dan kontrak. Gaji pemain saya sederhana, tapi ada bonus kecemerlangan,” ujarnya.

sumber:- HM

Selepas mengharungi tiga aksi, Kelantan yang diletakkan dalam Kumpulan D hanya memungut satu mata dan masih lagi berpeluang untuk mara ke suku akhir sekiranya mampu mencatat tiga kemenangan dalam baki saingan.