Kejayaan skuad Bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 jelas begitu dirasai PJ City FC, apatah lagi dengan status mereka sebagai pasukan tunggal yang diperkuat sepenuhnya dengan kudrat anak tempatan.
Justeru, pemilik PJ City FC, Datuk Seri Vijay Eswaran menyampaikan ucapan tahniah kepada skuad bimbingan Brad Maloney itu selepas berjaya layak secara merit meskipun berdepan cabaran bertarvng dalam norma baharu.
Saya gembira dengan berita dari Ulaanbaatar, Mongolia di mana pemain muda, anak tempatan yang berbakat layak ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tahun depan.
Saya percaya ini memberi petanda untuk permulaan ketibaan kita di pentas bola sepak antarabangsa. Tahniah kepada anak buah Brad Maloney atas pencapaian dalam norma baharu.
“Seperti kebiasaan, Yakini Lokal,” katanya yang turut meninggalkan tanda pagar begitu sinonim dengan skuad Phoenix itu. Terdahulu, skuad B-22 mengesahkan tiket ke Uzbekistan selepas muncul juara Kumpulan J dengan tujuh mata.
sumber:- BH
Ini kali kedua skuad negara layak ke pentas berprestij itu selepas kali pertama pada edisi 2018 di China yang menyaksikan mereka mara sehingga ke suku akhir sebelum tewas 2-1 di tangan Korea Selatan.