Jurulatih skuad projek FAM-MSN, Yusri Che Lah, yakin skuad B22 negara mampu merampas pingat emas Sukan SEA Vietnam, tahun depan.
Ia susulan prestasi mantap anak buah Brad Maloney yang layak secara ke pusingan akhir Kejohanan Asia B23 di Uzbekistan, tahun depan selepas muncul juara Kumpulan J dengan rekod tanpa bolos.
Kali terakhir Malaysia menang pingat emas Sukan SEA ialah pada 2011 di Indonesia.
Sementara itu , Hanya kemaraan ke peringkat tertinggi dalam kamus hidup pertahanan skuad B-22 negara, Harith Haikal Adam Afkar, setelah membantu pasukannya layak ke Kejohanan Asia B-23 di Uzbekistan Jun tahun depan.
Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Harith juga mendedikasikan kejayaan berkenaan buat arwah ayah Nik Akif Syahiran selain mendedahkan rahsia tidak dibolosi tiga perlawanan di Mongolia.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar merakam penghargaan susulan kejayaan skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Kejohanan Asia B23.
sumber:- astro arena
Saifuddin memberi bayangan untuk melakukan persiapan rapi termasuk mengadakan persahabatan men3ntang pasukan terbaik di rantau Asia di samping memuji pengendali skuad kendalian Brad Maloney.