Sukan

Prestasi dalam keadaan terbaik

Pasukan Kuala Lumpur City FC kini berada pada prestasi terbaik dan pengendalinya, Bojan Hodak mahu anak buahnya terus konsisten menjelang baki tiga lagi aksi peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia musim ini.

Terbaharu, KL City berjaya melakar kemenangan besar ke atas Sarawak United 4-0 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras semalam.

Selepas mengharungi tiga aksi, skuad Warga Kota itu kini memimpin kumpulan selaku pendahulu dengan tujuh mata dan berpeluang untuk menamatkan saingan di tangga pertama.

Bagaimanapun, Hodak tidak mahu pemainnya terus dibuai kejayaan itu apabila sebaliknya mengingatkan perjalanan KL City masih jauh dan belum selamat.

“Keputusan yang baik dan sudah tentunya aksi pertama selepas berehat (Piala Malaysia berehat sebulan bagi beri laluan kepada skuad negara) agak lama memberi sedikit kesukaran, tapi keputusan ini pastinya beri motivasi tambahan untuk aksi berikutnya,” kata Hodak.

Sementara itu, jurulatih Sarawak United, E Elavarasan mengakui tuan rumah adalah pasukan lebih baik dan berhak untuk meraih kemenangan.

Untuk hari ini mereka (KL City) bermain baik tapi kita melepaskan dua gol awal itu agak mengecewakan, dan kita pun ada peluang tapi KL lebih baik daripada kami.

“Sudah tentu kami hilang momentum bila kita kembali untuk latihan selepas rehat Piala Malaysia di mana kami hilang sedikit keyakinan, tapi secara keseluruhan saya anggap KL City lebih baik daripada kami,” kata Elavarasan.

Dalam aksi itu, skuad kendalian Hodak tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi percubaan jarak dekat Romel Morales yang berjaya menewaskan penjaga gol, Shaiful Wazizi Mohammad pada minit kesembilan.

Hanya dua minit kemudian, pemain import dari Colombia itu terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol kedua selepas menanduk masuk bola yang berpunca daripada sepakan penjuru Paulo Josue.

sumber:- HM

Malam gemilang tuan rumah dilengkapkan dengan dua jaringan pantas yang dihasilkan J Partiban pada minit ke-55 dan ledakan Ryan Lambert, empat minit kemudian.