Pesanan ketua jurulatih, Brad Maloney supaya beraksi untuk diri sendiri, keluarga, pasukan dan semua peminat memb@kar semangat pemain setiap kali turun ke padang sebelum mara ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Uzbekistan, Jun 2022.

Pendedahan itu dikongsi pemain sayap skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar atau lebih mesra dipanggil ‘Kaka’ yang menyifatkan kata-kata semangat daripada jurulatih kelahiran Australia itu antara kunci kejayaan selain kerjasama berpasukan.

Pemain Terengganu FC II (TFC II) berusia 21 tahun yang boleh diangkat sebagai wira selepas jaringan tunggalnya ketika berdepan Laos dan Mongolia memastikan skuad negara mengutip enam mata mengakui kejayaan itu detik terindah dalam karier bola sepaknya.

Sebelum turun ke padang, Maloney sentiasa mengingatkan kami agar bermain untuk diri sendiri, keluarga, pasukan dan seluruh peminat negara, ternyata kata-kata semangat itu membakar semangat kami untuk terus berjuang memburu kedudukan teratas kumpulan.

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mara ke pusingan akhir tahun depan. Pencapaian ini adalah terbaik untuk diri saya selain sebelum ini berjaya membantu pasukan TFC II menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga.

“Saya harapkan kejayaan ini sebagai permulaan terbaik sebelum tugasan lebih mencabar menanti pada Jun tahun depan di Uzbekistan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya adakah dia puas meledak dua gol kemenangan pasukan negara, pemain berketinggian 1.69 meter itu akui masih banyak perlu diperbaiki selain menyifatkan jaringan berkenaan hasil kerja keras semua pemain.

“Secara peribadi saya gembira kerana dapat mel3dak dua gol penting buat pasukan, namun masih banyak perlu saya pelajari bagi meningkatkan lagi tahap permainan saya,” katanya.

sumber:- HM

Pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan J mengumpul tujuh mata selepas berjaya merakam kemenangan 1-0 berdepan Laos pada aksi pertama sebelum meraih jaringan sama pada aksi kedua men3ntang tuan rumah, Mongolia dan seri 0-0 ketika berdepan Thailand.