Sukan

Punca Utama Kemenangan besar Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel menganggap kejayaan 5-1 memb3lasah Kuching City FC dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia adalah hasil kerjasama pemain yang beraksi sebagai satu unit.

Katanya, tempoh rehat selama hampir sebulan bagi memberi laluan latihan skuad kebangsaan awal ini nyata membuahkan hasil apabila sepanjang tempoh itu banyak kelemahan berjaya diperbaiki.

Selepas dua aksi persahabatan yang dilalui, saya merasakan ada sesuatu yang baik sebelum perlawanan ini.

Ia kerana pemain menunjukkan aksi baik dalam dua aksi persahabatan men3ntang Sarawak United dan PJ City, di mana gol yang dihasilkan malam ini (malam kelmarin) sama seperti ketika aksi persahabatan lalu.

“Pemain mempamerkan persembahan baik terutama di babak kedua. Mereka tenang dan mengawal permainan dengan baik. Biarpun ramai pemain muda yang diturunkan, tapi pemain menunjukkan kesungguhan dan tahniah buat semua barisan pegawai dan pasukan,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Skuad Red Giants yang tumbang 1-2 kepada Terengganu FC sebelum kempen Piala Malaysia berhenti rehat, bangkit memperagakan aksi mantap dengan lima gol Selangor disumbangkan Hein Htet Aung, Safuwan Baharudin, Sean Selvaraj dan dua dari Danial Asri.

Sementara gol saguhati lawan diraih menerusi Michael Ijezie.

Sementara itu, jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim menerima kekalahan itu dan mengakui pemainnya banyak melakukan kesilapan mudah yang akhirnya menghukum pasukan.

“Itulah kemampuan pemain-pemain yang saya ada. Saya ada pilihan terhad di bahagian depan berbanding Selangor.

sumber: HM

“Walaupun pemainnya (Selangor) muda tetapi penyudahnya lebih baik, ini adalah generasi masa depan yang baik untuk Selangor…keduanya, kesalahan individu yang dilakukan pemain saya terutamanya gol kedua dan gol ketiga, jadi itu perkara yang Selangor dapat gunakan kesempatan,” kata Irfan.