Sukan

Malaysia sah layak ke pusingan akhir

Skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan, tahun depan.

Tiket itu diraih apabila skuad bimbingan Brad Maloney muncul juara Kumpulan J selepas menamatkan aksi terakhir kelayakan dengan keputusan seri tanpa jaringan men3ntang Thailand.

Dengan satu mata itu, Malaysia berjaya menghimpun tujuh mata selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan yang diharungi sepanjang kempen kelayakan di Mongolia itu.

Pada aksi di Stadium MFF itu, permainan seimbang apabila skuad negara berjaya menghalang Thailand daripada menguasai permainan dengan mereka juga dilihat lebih banyak mengasak kubu pertahanan Thailand pada babak pertama.

Sayangnya, sekalipun beberapa kali mencemaskan Thailand namun tiada percubaan tepat dan berbahaya dapat dilakukan Malaysia apabila semua percubaan gagal menemui sasaran sepanjang 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand dilihat lebih garang dengan beberapa kali melancaran gerakan namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara yang bermain lebih tenang dan penuh berdisiplin.

Thailand bernasib baik apabila tandukan Harith Haiqal bermula daripada sepakan sudut pada minit ke-62 sekadar mengg3gar palang sebelum percubaan susulan Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatkan pemain mereka.

Baki 10 minit menyaksikan penuh debaran apabila skuad ‘Gajah Perang’ berterusan mengasak kubu negara bagi memburu gol yang amat diperlukan namun kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

sumber:- BH

Sebagai rekod, mereka layak buat kali pertama ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2018 di China juga sebagai juara Kumpulan H dan mara sehingga suku akhir sebelum tewas 2-1 di tangan Korea Selatan.