Sabah FC akan mempertaruhkan barisan pemain muda untuk menghadapi baki saingan Piala Malaysia 2021, kata ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee berkata, ini susulan pemain utama masih mengalami kec3deraan ketika perlawanan terdahulu, sekali gus menyaksikan posisi mereka akan diisi pemain-pemain muda dalam senarai kesebelasan utama.
Mereka (pemain muda) harus bersedia mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu serta pengalaman bagi menghadapi persiapan perlawanan akan datang.
“Secara keseluruhan, kita sangat berpuas hati dengan mutu persembahan ditunjukkan pemain muda ketika aksi men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu. Mereka menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kim Swee yakin pemain muda Sabah FC mempunyai potensi besar menjadi tumpuan pasukan lain termasuk diambil menggalas tanggungjawab di dalam pasukan kebangsaan.