Sukan

Pedih kena bidas dengan TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang lebih mengutamakan perbelanjaan terhadap aspek lain hingga melupakan pelaburan untuk penambahbaikan padang yang lebih berkualiti.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi laman Instagram miliknya mendakwa kebanyakan padang yang digunakan pasukan bola sepak di negara ini sudah ketinggalan jika dibandingkan negara jiran.

Sampai bila nak beria dalam media sosial, dalam TV, semua kelab, pengurusan, pengacara, bercakap pasal bola sepak, semua macam pro (profesional) tapi padang masih cowgrass?

Negara jiran semua sudah bertahun tukar rumput. Di sini cakap macam pro tapi mentaliti tukar sit (tempat duduk) dan nak buat gym. Itu sahaja tak habis.

Harga padang RM1.4 juta paling mahal, paling murah RM890,000 termasuk drainage. Takkan tak mampu selepas sudah sebat duit kerajaan?.

“Beli import berjuta-juta boleh, buat padang harga lagi murah dari pemain import tak boleh, lepas itu berbual macam pro,” tulisnya di InstaStory.

sumber:- BH

TMJ sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan isu kualiti padang bola sepak khususnya yang digunakan pasukan Liga Malaysia (Liga M) dengan beliau menganggap aspek berkenaan adalah perkara paling penting dalam sukan bola sepak.