Sukan

Yakin positif pertemuan dengan JDT

Selepas melalui 12 perlawanan tanpa sebarang kemenangan, pertahanan Sabah, Nazirul Naim Che Hashim berharap kemarav itu mampu ditamatkan dalam empat aksi akan datang di saingan Piala Malaysia.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, tekanan sentiasa akan hadir dalam setiap perlawanan bagi mereka menuntut kemenangan selepas prestasi yang tidak menentu pada pusingan kedua Liga Super.

Namun dia berharap aura Piala Malaysia selain dibantu bekas pengendali skuad kebangsaan dan Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee akan memberikan perubahan buat Sabah, bermula dengan aksi men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.

Sekarang ini saya tidak nafikan kami memang terdesak untuk menang dalam setiap perlawanan yang dilalui tetapi dalam saingan Piala Malaysia suasananya sangat berbeza.

“Saya rasa ini masa terbaik buat pemain membuktikan sesuatu dan ambil cabaran ini demi peminat kerana ramai tahu Sabah sudah lama tidak menang. Bertemu JDT, saya tahu sememangnya sukar kerana mereka pasukan terbaik di Liga Malaysia tetapi kami akan berusaha meraih keputusan positif kerana bakal bermain buat pertama kali di tempat sendiri untuk saingan Piala Malaysia.

“Ditambah kehadiran penyokong, saya berasakan faktor ini akan berikan semangat tambahan buat kami untuk cuba mendapatkan keputusan yang positif,” katanya.

Kali terakhir Sabah meraih kemenangan ialah pada 5 Mei lalu semasa menewaskan Melaka United 3-1 di Stadium Likas yang juga menjadi satu-satunya kemenangan mereka di pusingan kedua Liga Super.

sumber:- BH

Selepas itu, Sabah meraih tiga seri dan tujuh kekalahan sebelum mencatat dua keputusan seri pada dua perlawanan peringkat Kumpulan D semasa bertemu PJ City FC serta Kelantan FC.