Sukan

TFC tempuh laluan berliku

Tiga mata menjadi buruan pendahulu Kumpulan B, Terengganu FC (TFC) menjelang aksi men3ntang Perak FC malam esok dalam misi untuk meloloskan lebih awal slot ke suku akhir saingan Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih skuad itu, Nafuzi Zain optimis sasaran itu bakal dicapai jika pemainnya mengikut perancangan untuk memerangkap skuad The Bos Gaurus.

Bagaimanapun jurulatih meningkat naik itu tidak menganggap kunjungan ke Stadium Perak, Ipoh itu mudah, sebaliknya laluan berliku bakal diharungi anak buahnya berdepan skuad kendalian Mohd Shahril Nizam Khalil.

Beliau berkata, rekod kemenangan pada dua aksi Liga Super musim ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan Piala Malaysia adalah berbeza ditambah skuad lawan kini berwajah baharu.

Justeru beliau menuntut anaknya berwaspada dengan kebangkitan lawan lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong mereka.

Sasaran kami sudah tentu tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan teratas kumpulan sekali gus mengintai peluang lebih awal slot ke suku akhir.

Namun ianya bukan tugas mudah untuk kita rakam kemenangan kerana bakal berdepan dengan pemain muda dan tiga lagi pemain importnya termasuk Sergio Aguero.

“Walau bagaimanapun pemain kami sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan mereka dengan persiapan rapi ketika tempoh rehat selain tiada pemain yang mengalami kec3deraan dan digantung perlawanan kecuali tiga pemain yang bersama dengan skuad Bawah 22 Tahun negara di Mongolia,” katanya.

Pada aksi Liga Super musim ini, TFC berjaya merakam kemenangan 2-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium Perak sebelum memb3lasah skuad itu 5-0 pada perlawanan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

sumber:- HM

TFC yang kini mengutip enam mata hasil kejayaan menundukkan Kuching City FC 2-0 dan Selangor FC 2-1 berpeluang cerah untuk melepasi peringkat kumpulan jika berjaya merakam kemenangan ketiga malam esok walaupun masih berbaki tiga perlawanan lagi.