Sukan

Seri sudah cukup untuk Malaysia

Walaupun masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dan semakin hampir untuk melayakkan diri secara automatik ke Piala Asia Bawah 23 (B-23) tahun, skuad negara dinasihatkan jangan memegang bola terlalu lama menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan men3ntang Thailand Ahad ini.

Menurut pengkritik, pengulas dan bekas pemain kebangsaan, Lim Chan Yew, semuanya seakan sudah sempurna buat anak buah Brad Maloney ketika beraksi di peringkat kelayakan di Mongolia namun antara perkara perlu diperbaiki adalah tidak boleh memegang bola terlalu lama sebaliknya harus bermain dengan hanya satu dua sentuhan.

Saya rasa mereka bermain dengan baik tapi bukannya luar biasa, mungkin kalau padang rumput biasa mereka mampu beraksi lebih cemerlang. Atau pun memperoleh lebih daripada satu jaringan ketika berdepan Mongolia semalam.

“Selain itu mereka juga harus mempunyai penyudah mantap kerana dalam aksi antarabangsa bukan mudah untuk memperoleh peluang menjaringkan gol,” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Chan Yew yang juga bekas pemain Selangor mengakui skuad muda negara harus lebih mengamalkan permainan satu atau dua sentuhan dan tidak perlu memegang bola terlalu lama, selepas dilihat ada sesetengah pemain gemar untuk melakukan kemahiran individu serta menumpaskan seorang pemain lawan sebelum melakukan hantaran. Kita lihat ada elemen untuk melakukan kemahiran individu terlebih dulu sebelum membuat hantaran. Sebenarnya boleh saja dengan satu dua sentuhan tidak perlu untuk membuat tiga empat sentuhan. Perkara ini perlu dipertingkatkan lagi kerana mereka beraksi di padang rumput tiruan.

“Beraksi di padang rumput tiruan tempo permainan memang akan jadi laju. Saya rasa kita ada kemampuan untuk bermain dengan satu dua sentuhan dan tidak perlu pegang bola terlalu lama. Apabila kita menyerang dengan satu atau dua sentuhan kita akan cepat sampai ke depan. Pemain seperti Nik Akif Syahiran dan Mukhairi Ajmal tidak perlu memegang bola sehingga lambat melakukan s3rangan kecuali jika tidak ada pilihan,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan Thailand, Chan Yew berkata jika mahu layak secara automatik (tanpa perlu menjadi antara lima pasukan kedua terbaik) skuad B-23 harus mencatatkan kemenangan.

Kita tidak boleh memandang mudah pertemuan ini untuk melayakkan diri. Takkan kita sudah layak (sebagai pasukan kedua terbaik) tapi dalam perlawanan dengan Thailand kalah sampai tiga atau empat kosong. Kita harus mencari keputusan positif menang atau seri dan tidak boleh kalah.

Kita sudah menang aksi pertama dan kedua, jadi peminat mahu lihat di mana tahap kita sebenarnya apabila berdepan Thailand. Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia skuad senior sudah mengalahkan mereka, jadi peringkat remaja juga kita harus buktikan juga lebih baik berbanding Thailand.

“Thailand sudah tentu tidak akan memegang bola terlalu lama, bola akan sentiasa bergerak laju dalam aksi di padang rumput tiruan. Apa pun kita jangan leka tatkala tiga tonggak pertahanan berusia 19 tahun bermain sangat baik setakat ini (tanpa bolos). Harap persembahan mantap mereka dapat diteruskan,” katanya.

sumber: HM

Skuad B-23 tahun negara semakin mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas berjaya menewaskan Mongolia 1-0 pada saingan Kumpulan J, kempen kelayakan semalam.