Sukan

Pengalaman perit 2019 jadi azimat

Pengalaman perit 2019 yang menyaksikan Malaysia gagal menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 menjadi azimat untuk barisan kendalian Brad Maloney kali ini lebih bersedia ketika menghadapi Mongolia hari ini.

Dalam kempen di tanah air itu, skuad B-22 negara kempunan untuk ke pusingan akhir apabila dinafikan China dengan perbezaan gol selain gagal menempah tiket selaku empat pasukan di kedudukan kedua terbaik.

Sudah pasti kesan daripada pengalaman yang dilalui pemain negara ketika itu amat mahal harganya tetapi ia menjadi pengajaran penting buat skuad yang diketuai Mukhairi Ajmal tersebut yang bakal menyambung perjuangan di Stadium MFF, Ulaanbaatar, 11 pagi esok dengan impian untuk terus mengungguli Kumpulan J selepas mengetepikan cabaran Laos 1-0, Isnin lalu.

“Dengan pengalaman sebelum ini, saya akan tolong rakan-rakan yang lain.”Pasukan ini mantap, saya tidak risau. Semua pemain berikan 100 peratus dan buat kerja masing-masing jadi tugas saya menjadi lebih mudah, tidak banyak diuji.

“Mungkin kerana Zikri Khalili, Harith Haiqal dan Azrin Afiq pernah bermain bersama jadi komunikasi mereka kuat, oleh itu mereka mampu hadapi halangan dengan tenang,” kata penjaga gol negara, Azri Ghani.

Maloney pula tidak berselindung mendambakan satu lagi mata penuh apabila berdepan tuan rumah itu sambil mengingatkan anak buahnya agar tidak mengulangi skrip membazirkan deretan peluang.

sumber:- astro arena

“Apapun kami mahukan tiga mata.”Tapi adalah penting untuk beraksi baik dengan mengambil kesempatan ke atas Mongolia,” katanya pula.