Sukan

Dua Kemenangan Masih belum cukup untuk Malaysia

Ketua jurulatih negara, Brad Maloney, tetap positif dengan kemenangan tipis pasukan B-22 negara menerusi gol tunggal Nur Azfar Fikri Azhar ketika mengetepikan cabaran Mongolia, sebentar tadi.

Barisan muda negara mengesahkan kemenangan kedua kelayakan Piala Asia B-23 ke atas tuan rumah di Stadium MFF, Ulaanbaatar, untuk kekal menerajui Kumpulan J.
Bagaimanapun, ia jelas bukan satu tugas mudah buat anak buahnya untuk mencipta tiga mata itu dengan kemenangan terhasil menerusi tandukan Nur Azhar pada minit ke-40 selain beberapa insiden keras turut menghiasi perlawanan.

Malah, satu percubaan daripada ketua pasukan, Mukhairi Ajmal, selepas itu termasuk hantaran lolosnya dalam masa kecederaan hampir memerangkap Mongolia tetapi ia gagal disudahkan Hakimi Abdullah.

“Perlawanan hari ini tidak seperti yang diharapkan, Mongolia menampilkan aksi begitu kompetitif dan fizikal.”Secara jujurnya kami tidak dapat menampilkan rentak permainan sendiri tapi keputusan tetap menyebelahi kami.

“Kami sepatutnya menyudahkan permainan dengan 2-3 gol lagi dan kami masih berpuas hati dengan tiga mata.
Kami memang sudah menjangkakan tekanan daripada mereka tapi kami mahu berusaha menguasai tempo permainan dan kami beraksi baik sepanjang permainan.

“Malah, ada percubaan kami yang terkena palang jadi pada penghujungnya kami tetap boleh berpuas hati dengan dengan keputusan ini,” kata jurulatih itu selepas perlawanan.

Dua kemenangan masih belum menjamin tempat skuad B-22 negara ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan, lantas Maloney perlu mempersiapkan barisan terbaiknya untuk menghadapi Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Ahad ini.

sumber:- astro arena

“Kami menghadapi satu persatu perlawanan. Kami berkesempatan melihat aksi mereka dalam perlawanan pertama termasuk petang ini.
“Mereka bagus, sangat teknikal serta memiliki beberapa pemain yang pantas selain membariskan beberapa pemain dari luar negara.
“Kami menjangkakan satu perlawanan yang sengit.”