Hadir di bumi Mongolia dengan reputasi besar selaku pemain muda Asia yang beraksi di Eropah nyata meletakkan striker negara, Luqman Hakim Shamsudin antara pemain tumpuan di pusingan kelayakan Piala Asia bawah 23 (B-23).
Luqman, 19, yang mengikat kontrak profesional selama lima tahun bersama KV Kortrijk di Liga Belgium, di samping bergelar pemain utama skuad senior Harimau Malaya jelas memikul bebanan tinggi buatnya terutama di jentera depan skuad B-23 tahun negara di kempen kelayakan itu.
Jelas pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, dia sememangnya merasai sedikit tekanan kerana tugas untuk menjaringkan gol adalah di bahunya.
Tekanan sikitlah sebab saya main sebagai striker…Striker kan untuk menjaringkan gol. Kalau tak menjaringkan gol, susahlah. Jadi tugas saya menjaringkan gol, itu ada sedikit tekanan. Tapi saya akan cuba yang terbaik insya-Allah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan sepasukan,”katanya kepada Arena Metro.
Pada aksi pertama men3ntang Laos menyaksikan penjaring terbanyak Kejuaraan AFC B-16 pada 2018 itu gagal mengatasi benteng pertahanan lawan.
Laos nyata tidak membenarkan Luqman bergerak bebas apabila sentiasa meletakkan dua pemain untuk merantai pergerakannya namun mujur Azfar Fikri Azhar tampil selaku penyelamat dengan mel3dak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 buat pasukan negara.
Luqman yang turut tersenarai sebagai antara 60 pemain remaja terbaik dunia oleh media antarabangsa The Guardian pada 2019 mempunyai cara tersendiri untuk meredakan tekanan dengan mendengar lagu.
“Hilang tekanan ini biasalah sebagai umat Islam solat jangan tinggal dan sentiasa berzikir. Jadi nak hilangkan tekanan saya akan nyanyi lagu dan dengar lagu. Tak pun saya ‘happy’ gelak-gelak dengan kawan saya untuk hilangkan tekanan,” katanya.
Menurutnya, skuad negara bimbingan Brad Maloney mempunyai peluang untuk melepasi peringkat kelayakan Kumpulan J itu sekali gus layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan.
“Tak ada masalah sebab pasukan ini dah buat persediaan 100 peratus, saya dah tengok dan saya pun dah biasa main dengan kebanyakan pemain ini. Ada juga dari Sukan Sea (temasya Filipina 2019) dan daripada tahun sebelum ini (skuad B-19 negara).
sumber:- HM
“Mereka ada ‘special’ dalam diri masing-masing dan kebolehan tersendiri, jadi tak ada masalah,” kata pemain generasi pertama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu.